Thursday, January 21, 2010

Bermulalah Alam Pekerjaan...duhhh

tanggal 16hb 01 2010 bermula la aku praktikal kt salah sebuah syarikat di bukit kuang (MALCOMM)...1st aku ingt main network jer tp bile da g sana perghhhh....sume bende main..maksud aku bkn stkt network la..g sana sini pasang alarm,kamera cctv,wiring,pasang door sensor..huh..penat wooo tp best sbb aku dpt blaja bende yg xpnh aku wat slama ni..cehh...klu korang nk tau ni la jadual keje aku slama 6 hari kt syarikat MALCOMM ENT SDN BHD..

16/01/2010 Sabtu
8:30-1:30 hotel mehran jln air putih wat cabling utk kamera security (cctv)
2:00-5:30 pasang plug n socket kt rumah en kamal (bos MALCOMM)

17/01/2010 Ahad
8:30-11:30 pasang plug n socket kt rumah en kamal
12:00-12:30 g KSB amik power supply
2:30-5:30 g EPICT tukar power supply

18/01/2010 Isnin
9:00-11:30 pasang door access security kt Alam Maritim
12:00-1:30 MZEC company-setting phone
3:00-6:00 TALISMAN company-install software (vigilance software) utk fingerprint - - 2 PC (K.sue and K.Akmal)

19/01/2010 Selasa
8:30-10:30 pasang door sensor kt Alam Maritim
10:30-11:30 Kampus Intan Wilayah Timur check phone system failure
11:30-1:30 Triple Valiant Engineering Service Sdn Bhd check power supply phone (rosak)
2:30-5:30 EPICT buat cabling utk network -- 4 point

20/01/2010 Rabu
8:30-1:30 pasang kamera cctv kt office Malcomm
3:00-6:00 wiring kt rumah en kamal

21/01/2010 Khamis
8:30-1:30 buat wiring rumah en kamal
2:30-6:00 sambung wiring rumah en kamal

huhuhu...ni la ape yg aku wat slama 6 ari aku kt company ni...ala2 technician gak ar aku ni...tp kuli pn ade gak sbb tgh blur lg time ni xtau pape..mcm culture shock plak..tp pape pn aku diberi tunjuk ajar oleh mamat n minah kt company tu..Thankss

Saturday, January 2, 2010

Warna-warna pilihan LELAKI




MERAH
Melambangkan sikap dominant, kuasa dan perhatian. Lelaki yg berbajumerah tak takut untuk menonjolkan dirinya dikalayak ramai. Juga turutdikatakan mempunyai sexual energy yg tinggi.

MERAH JAMBU
Mat jambu?..hehehehhe.. mane ade lelaki yg suka digelar cam tu. Kalo ade le pasangan korang yg pakai kaler nih, mungkin dia nak mencerminkan attitude nye yg bagus, tenang dan kesihatan dia yg bagus.. (pink of health). Tapi tak semua nyer tepat!

HITAM

Em, warna yg paling popular dlm ape gaya skali pun. Biase nyer lelaki yg suke pakai keler nih, nak kasi tau kat korang yg dia nih mahu dilihat bergaya elegen, mempunyai kuasa dan mempunyai sokongan orgdisekelling dia. Kalo kaler ni dikenakan kemas, ia membayangkan imejyg rapi, simple tapi... ... ... ... Versatile! Tapi, lelaki yg memakai kaler ni jugak dikatakan amat mementingkan dirinyer sendiri dan tak suke decontrol oleh teman nyer! Tapi,,,,kalo serba hitam sepanjang masa... . berkabung la kot!

PUTIH
Pakaian putih memberi maksud bersih, suci dan tidak tercemar!(Extrmely clean appearance). Dengan syarat, pakaia tadi tidak kotor,tidak bercapuk² @ bertompok² ade juga yg mengatakan kaler nih mencerminkan si pemakai mempunyai status sosial yg tinggi, keran ia nampak mahal mungkin juga sebab kaler putih yg sukar dijaga.

BIRU
Menegaskan sikap pemakainya yg boleh dipercayai dan mudah mesra. Kalerini juga boleh mengubah penampilan si pemakai kepada lebih serius,matang serta menyerlahkan sisi intelektualnyer!. Lelaki yg suka pakaikaler ni pun, dikatekan berjiwa lembut, mudah mengalah, tidak
perbalahan dan sanggup buat ape saje untuk pasangannyer! (bertuah badan dapat pakwe yg nih)

KUNING

Amat merangsang visual dan pemikiran! Lelaki yg suke pakai kaler nih dikatekan cuba memaparkan sikap optimistic, yakin terhadap kerjaya dan masa depan.

BURGUNDY
Dikaitkan dengan "passion" dan semangat yg tinggi. Turut dianggap=BR> warna yg mewakili status tinggi dan lambang kemewahan

HIJAU
Lelaki yg pakai kaler nih, dikatekan selalu bersikap tenang dan relaks dlm ape jua keadaan. Mereka tidak mudah melatah, marah malah dikatakan bijak megendalikan hal² kewangan!

COKLAT
Kaler ni suatu mase dulu pernah dikaitkan ngan gaya tidak formal, tapi sekarang tidak lagi! Ianyer menjadi kaler alternative untuk ke office selain kaler hitam, putih @ kelabu. Lelaki yg suker pakai kaler ni,
dipercayai selalu bersikap penyabar, tidak suke cakap besar, matang dan bertanggungjawab disamping selalu merendah diri.

KELABU

A touch of class. Warna kelabu mudah di suaipadan dgn sebarang kaler lain. Ia memperlihatkan personality lelaki yg efisyen, bijak dan tegas! Tapi, lelaki yg berpakaian kelabu turut dikatakan amtlah perlahan dlm membuat keputusan!

GIRLFREN MCM NI LA LELAKI CARI! ~ahakss~



~ Dia pandai berdikari~
Dari saat anda mula mengenalinya dia memang pandai berdikari. Dia tinggal sendiri,pandai tetapkan bajet dan perbelanjaan,tak pernah meminta itu ini,bijak mengatasi masalah peribadi atau kerja.'If she has very own personality and opinions, can stand on her own two feet, both financially and emotionally and is able to enjoy time away from u(at same time still miss u)..and She must be the great Girlfren.

~Dia bijak~
Dia bukan spesis yang asyik mengadu tentang semua perkara.Dia tahu apa yang sedang dibincangkan.Dia pandai menyusun kata apabila berbual n setiasa up to date.Taklah anda bosan kerana pastinya ada saja topik yg hendak dibualkan..Hebatkan..

~Dia cantik~
Opsss..satu pakej lengkap.dia bukan saja cantik dari segi fizikal,dia juga berbudi bahasa,bersopan santun dan berhemah tinggi.Kecantikkan fizikal bukanlah kriteria utama,biarlah dia cantik didalam.Sekurang-kurangnya dia bersopan.Janganlah bila dia bersopan anda pula yang kurang sopan..!

~Dia hormati anda~
Walaupun dalam percintaan atau perhubungan homat adalah penting.Jika anda mahu dihormati,anda juga perlu menghormatinya.Apabila saling menghormati,barulah aman.Namun begitu,jika berlaku perselisihan faham,mengalahlah sekali sekala..Barulah Gentleman!! Mengalah bukan tanda kalah tapi hormat..

~Dia tidak mengubah anda~
Kenapa dia jatuh cinta dengan anda in the first place? It's because of who you are. Jgn, saya ulangi, jgn biarkan wanita ubah siapa diri anda sebenarnya secara keseluruhan. Memadailah dgn mengubah hanya beberapa tingkah buruk anda demi kebahagiaan anda berdua di masa depan. Jika perkara yg remeh seperti makanan kegemaran anda ketika bersarapan ialah nasi lemak sedangkan teman wanita anda pula gemarkan pan cake sbg sarapannya, anda tidak perlulah mengubah sarapan anda dengan memakan pan cake juga.

~Dia tidak cerewet/ membebel~
Dia tidak kisah dimana sahaja anda membawanya makan (termasuklah gerai mamak kegemaran anda), dia tidak membebel cara anda berpakaian (membebel + menegur adalah perkara yg berbeza). Tiada apa yang lebih membosankan selain dari mendengar bebelan wanita yang remeh temeh.

~Dia pandai membawa diri~
Tidak kira ke mana anda membawanya, dia pandai menyesuaikan dirinya dgn persekitarannya. Anda membawanya berjumpa orang tua anda, dia boleh 'klik' dgn mereka. Dia pandai mengambil hati ibu bapa anda. Begitu juga dgn teman2 lain, dia pandai menyesuaikan diri. Anda tak rasa malu untuk membawanya ke mana sahaja.

~Dia menyintai anda~
Ini paling penting. Jika tidak masakan anda berdua boleh menjalinkan hubungan. Bukan sahaja cinta, dia amat menyayangi , menyanjungi dan memuja anda. But don't get carried away. "Dah kahwin, jgnlah hancurkan hatinya. Jagalah dia seperti menjaga dirimu sendiri." Cinta dan sayang adalah berbeza. Seseorang mungkin boleh menyayangi seseorang tapi tidak bermakna dia menyintai orang itu. Tapi apabila dia menyintai seseorang,perasaan sayang turut hadir.

~Dia membuatkan anda mahu jadi lelaki sejati~
Tidak sama dengan dia mahu mengubah anda. Dia akan membuatkan anda berasa teruja dgn diri sendiri dan anda sendiri mahu berubah menjadi lelaki yang lebih sempurna untuknya. Sebelum ini anda tak pernah terfikir langsung utk settle down dan bekerluarga tetapi kini anda nampak wajah anak2 dlm matanya. Hebat bukan...

~Dia teman yang setia~

Tidak kira dlm apa jua keadaan, kala susah atau senang, dialah yang pertama berada disisi anda. Sedia mendengar tiap rintihan anda dan menjadi penenang dikala anda dilanda keresahan.

LELAKI CANTIK? PEREMPUAN GAGAH?

KECANTIKKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah
ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Wallahualam.

** 21 PEDOMAN BUAT SI ISTERI **

:: 1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda ::
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personality lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

:: 2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda ::
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

:: 3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan ::
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

:: 4. Sanggup Memberi Untuk Menerima ::
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

:: 5. Percaya Untuk Dipercayai ::

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

:: 6. Menangkan Lelaki Untuk Menang ::
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

:: 7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif ::
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

:: 8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab ::
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

:: 9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan ::

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

:: 10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu ::
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak batiniah dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan batiniah, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

:: 11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki ::
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

:: 12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar ::
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

:: 13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja ::
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

:: 14. Hormati Dia Sebagai Lelaki ::

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

:: 15. Dengarlah Dengan Baik ::

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

:: 16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki ::
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

:: 17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda ::
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami anda. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

:: 18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya ::

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

:: 19. Elakkan Pergaduhan ::
Ada wanita yang tertunggu-tunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmahan dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

:: 20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah ::
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasakan bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin sebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

:: 21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia ::
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Friday, January 1, 2010

~HappY New Year~

1st sekali aku nk wish kt korang sume SELAMAT TAHUN BARU 2010...huhuhu dlm xsedar da sampai taun 2010 kn..hurm aku arap korang sume da ade azam baru masing2...pape pn azam jgn tinggal azam aje,tunaikan setunainye..ahakss...hurmm...alhamdulillah aku masih lg sihat walafiat stkt ni..bersyukur ke hadrat Allah s.wt yg memberi nikmat hidup panjang kt aku..hurmm...aku da lama da nk praktikal tp cuma 2 bln aje..xper la aku ok aje..hak3..