Saturday, January 2, 2010

LELAKI CANTIK? PEREMPUAN GAGAH?

KECANTIKKAN LELAKI

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah
ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Wallahualam.

** 21 PEDOMAN BUAT SI ISTERI **

:: 1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda ::
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personality lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

:: 2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda ::
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

:: 3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan ::
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

:: 4. Sanggup Memberi Untuk Menerima ::
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

:: 5. Percaya Untuk Dipercayai ::

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

:: 6. Menangkan Lelaki Untuk Menang ::
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

:: 7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif ::
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

:: 8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab ::
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

:: 9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan ::

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

:: 10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu ::
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak batiniah dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan batiniah, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

:: 11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki ::
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

:: 12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar ::
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

:: 13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja ::
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

:: 14. Hormati Dia Sebagai Lelaki ::

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

:: 15. Dengarlah Dengan Baik ::

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

:: 16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki ::
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

:: 17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda ::
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami anda. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

:: 18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya ::

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

:: 19. Elakkan Pergaduhan ::
Ada wanita yang tertunggu-tunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmahan dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

:: 20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah ::
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasakan bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin sebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

:: 21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia ::
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Friday, January 1, 2010

~HappY New Year~

1st sekali aku nk wish kt korang sume SELAMAT TAHUN BARU 2010...huhuhu dlm xsedar da sampai taun 2010 kn..hurm aku arap korang sume da ade azam baru masing2...pape pn azam jgn tinggal azam aje,tunaikan setunainye..ahakss...hurmm...alhamdulillah aku masih lg sihat walafiat stkt ni..bersyukur ke hadrat Allah s.wt yg memberi nikmat hidup panjang kt aku..hurmm...aku da lama da nk praktikal tp cuma 2 bln aje..xper la aku ok aje..hak3..

Wednesday, December 30, 2009

Tazkirah Remaja: Guna harta untuk dunia, akhirat




SAAD bin Musa al-Ansari bercerita: Pada satu hari ketika pulang daripada perang Tabuk beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Ketika itu Rasulullah melihat tangan Saad yang kulitnya hangus kehitaman.

Kemudian Rasulullah bertanya kepada Saad, "Apa yang terjadi kepada tangan kamu? Jawab Saad: "Aku mencangkul tanah untuk menanam pokok demi mencari nafkah buat keluarga aku."

Lalu Rasulullah mengambil tangan Saad kemudian menciumnya sambil bersabda: "Inilah tangan yang tidak disentuh api neraka." Dalam riwayat lain: Selepas mencium tangan Saad, Nabi bersabda: "Inilah tangan yang dicintai Allah dan Rasulullah."

Ketika kita membaca hadis ini, kita sebenarnya patut sedar bagaimana Rasulullah yang agung itu boleh mengambil tangan Saad iaitu seorang orang biasa.


Apa istimewanya kulit yang hitam, keras dan melepuh itu dalam Islam? Kemudian apa kaitannya dengan risalah Rasulullah s.a.w? Seolah-olah ada kaitannya; cangkul dengan agama dan syurga.

Jika dilihat tangan yang melepuh itu adalah disebabkan kerja yang dilakukan. Kerja pula adalah perkara dunia dan mencari nafkah juga soal dunia. Makanan yang dimakan pula akhirnya akan bertukar menjadi najis.

Ini menggambarkan seolah-olah Rasulullah s.a.w mahu memberitahu dunia dan akhirat perlu dipertemukan serta saling melengkapi.

Apakah dengan bekerja itu kita boleh masuk syurga? Inilah paradigma yang kini disalah erti serta disalah anggap berkenaan hakikat dunia apabila sudah berlaku pemisahan antara dunia dan akhirat.

Atas sebab itu generasi umat Islam pernah ketinggalan jauh di belakang kerana memisahkan dunia dengan akhirat. Ada pula yang terlalu mengutamakan kerohanian yang sesat sehingga mengatakan Islam agama yang tidak memerlukan dunia.

Kedengaran juga ada yang mengatakan dunia buat orang kafir menyebabkan kita terus ketinggalan sehingga agama itu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Bagi rakyat Malaysia matlamat menuju menjadi sebuah negara maju pada 2020 kian hampir, tetapi yang ditakutkan apabila kedua-duanya kosong, dunia tidak dapat dan akhirat pun begitu juga.

Mengikut sejarah peradaban Islam lampau, memang jelas membuktikan kefahaman yang dibina berdasarkan hadis Nabi terbukti berjaya.

Mereka berebut mencari dunia bagi membina agama. Dapat disimpulkan mereka membuktikan harta adalah satu perkara mulia jika dimiliki orang yang soleh.

Cuma yang tinggal adalah bagaimana dunia yang kita idam dan impikan itu hendak ditukarkan supaya boleh digunakan di dunia dan di akhirat.

Terdapat enam syarat jika kita penuhi, kita bakal bergelar VIP dunia dan akhirat serta menjadikan kita sentiasa beribadat selama 24 jam sehari semalam.


1. Ikhlas
Untuk mendapatkan keikhlasan seseorang itu perlu menetapkan di hati mereka setiap perkara yang dilakukan itu adalah kerana Allah. Ini kerana Allah Maha Mengetahui setiap perkara. Jadi tidak perlu riak dan hendaklah berusaha melakukan sebaik mungkin kerana semua amalan akan dihitung di hadapan Allah kelak.

2. Semua perkara yang diusahakan hendaklah berasaskan sumber yang halal.
Ini termasuk kita perlu mematuhi segala bentuk syariat yang ditetapkan serta berlandaskan undang-undang negara.

3. Melalui proses yang betul
Kita perlu meneliti sumber setiap pekerjaan dan mengelak daripada mencuri tulang serta mengambil harta orang lain. Selain itu jauhkan diri daripada bersikap tamak serta hasad dengki sesama manusia.

4. Pekerjaan hendaklah dibuat secara betul
Kita tidak boleh sesekali melakukan kerja dengan sambil lewa. Jadi kita perlu mengerah seluruh tenaga bagi memungkinkan kita menghasilkan kerja yang terbaik.

5. Menekankan prinsip dan disiplin tinggi dalam pekerjaan
Biar apa pun desakan kerja yang kita hadapi pastikan kita tidak sampai melanggar perkara yang ditegah agama. Pastikan juga kita sentiasa menjaga solat dan menutup aurat.

6. Gunakan hasil yang diperoleh secara bijaksana
Setiap kejayaan yang diperoleh hendaklah disalurkan bagi faedah bersama. Kita ditegah menggunakan kuasa yang dimiliki dengan berbuat zalim serta merendah-rendahkan orang lain.

Kesimpulannya, harta yang mulia adalah dengan menikmati segala kekayaan seperti kesihatan, harta benda, jawatan serta kuasa itu bagi meningkatkan ketaatan serta keredaan kepada Allah s.w.t.

Kalau Tuhan tu baik knp mesti ade neraka??

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu...dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je.! Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas! tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu.. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "


Wednesday, December 9, 2009

Tragedi Malang KB Mall

~AL FATIHAH~












DUA MENINGGAL DAN TIGA CEDERA PARAH

KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, di sini, petang semalam.

Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.

Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.

Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua.

Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.

“Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.

“Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.

“Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah,” katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian.

Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.

“Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya.

“Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar,” katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu.

Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.

Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan.

Monday, December 7, 2009

CISCO comm skill pot luck at TATi UC

Hye kwn2..hehe aku ade bende nk share dgn korang sume,hurm..ni pic yg aku dgn mber2 cisco wat mkn2 kt TATi UC baru2 ni.wlpn kitorang xramai tp meriah giler.aku suke diorang ni,msing2 ade prangai tersendiri.ape yg aku nk share dgn korang pic ni la..korang usha2 la dulu keyh..lynnn
















xla cantik sgt tp sedap sbb byk choc chips..hehe




ni aku nk knlkn kt korang sume yg pakai cap tu name dia halmizi kitorang kol dia mizi,dia ni budak selangor.yg sorang lg ni name dia ridzuan n nickname dia "pok di" peminat indie band.hehe..adiah2 tu adalah hasil dari cabutan bertuah diorang la..aku?? hampeh xdpt..huh.pape pn aku enjoy




ni adlh makhluk2 halus cisco..eehh silap2 hehehe mber2 aku n lecturer of comm skill miss jue..cma sbhgian saje yg ade dlm pic ni.




haa..yg berkopiah tu name dia saiful or bdak2 ni kol rangga@ustaz..hehe.tgh setting lagu ape nk nyanyi.n yg tgh pgang microfon tu plak name dia zulkifli,kitorang bese kol dia zul jer..hurmm tgh lyn lagu jiwang tuuu...hik3